Saturday 29 June 2013

Kemahiran Insaniah ke Pulau Perhentian

haluuu guysss :D
Assalamualaikum. 
sem lepas kami ke Genting Highland kann, 
sakan berenjoy dengan games yang ada dekat sana.
So kali nie kami berenjoy menikmati keindahan laut di Pulau Perhentian :)

27jun2013
7 pagi : bertolak dari uitm
10 pagi : sampai di Jeti Kuala Besut. before naik bot, kita bergambar duluuu ! hehe
11 pagi : kitorang naik bot laju. agak teruja. nak ke pulau perhentian ambik masa dalam 30 minit macam tu.  ada beberapa pulau masa otw ke perhentian. pulau susu dara. *tuu jela nama pulau yang aku ingat, yang lain lupa. haha*
12tengahari : whahaha, dah sampai. mau kau mabuk laut. gila laju, habis terbang2 tudung. tapi sumpah best. hihi air laut jernih, nampak ikan. serius sangat cantik. sempat tengok orang kampung beli ikan fresh dari bot nelayan. aku pun sempat pegang ikan. kui3
kami check in dulu, then lunch. lepas solat zohor kitorang mulakan aktiviti pertama.  
Jungle tracking! yeahh!
excited. takdelah susah mana. tapi dekat 2 3 jam jugaklah kitorang berjalan. 
lalu pantai, bukit, rumah kampung, resort. 
bila tengok bebetul rupanya kitorang dah berjaya pusing satu pulau. 
check point terakhir, "long beach" 
sampai sini, bukak kasut, terus berlari masuk laut. kikikiki 
bermandi manda sambil cuci mata tengok mat saleh *kenyit2 mata*
lepas dekat sejam dua berendam, kitorang naik lagi ke kincir angin.
Yang nie jalan dia agak mencabar. tapi bila sampai atas. SubhanAllah. cantiknya.
 Dah macam dekat cable car langkawi :D
 
7malam: lepas solat, dinner, kitorang ada aktiviti bersuka ria sambil bersantai. 
tapi malam tu semua tidur awal. penat lah katakan. kui3

28jun2013
bangun awal, solat subuh breakfast. aktiviti start pukul 10 pagi
8pagi: dah takde kerja lain, apa lagi terjun laut lahh. hihi
10pagi: jom snorkeling!! yang nie lagi syok, main terjun je dari atas bot.
*sesiapa tak pandai swimming, kena practise sikit2 dulu taww*
ada 5 tempat snorkeling yang kitorang pergi, shark,penyu, taman laut, air sejuk, and lagi satu aku tak ingat. haha
Dapat tengok ikan warna warni, ikan nemo, gamat, shark, penyu, batu karang.
Cantik sangat. rasa macam mimpi je. padahal depan mata.
1.30tengahari :berhenti rehat, and solat jumaat.
2.30:sambung bersnorkeling.
seharian berendam dalam laut. puashati!
9malam: lepas hilangkan penat, berehat, solat. kami berbbq :)
lepak tepi pantai dengan kengkawan, tengok bintang.
kebetulan ada pakcik tengah memancing.
apa lagi, join the clublah. lepak, berborak. macam2 lah story pakcik tu cerita.
dapat ikan angelina jolie. nama dia macam tu sebab mulut ikan tu tebal. haha
memang malam tu tidur sangat lewat. 
its okey, malam last di sini kann. 
*hari nie 3 air aku buat mandi. air laut, air bukit, air perigi. haha*
  29jun2013.
10 pagi: masa untuk pulang ke dungun. sobs3 T_T 
babai perhentian. sayu je hati.
insyaAllah, oneday akan kembali lagi ke sini. :)
*duduk 3 hari, orang orang dekat sini aku dah buat macam kawan.
duduk berborak dengan bebudak kecik kat sini, tengok diorang mandi laut, tangkap ketam.
seronok tengok life kanak2 dekat sini.
so berakhir sudah vacation kami di sini. 
next time kami ke mana ?? hihi
selamat tinggal perhentian...
*muka memasing dah terbakar. gelaplah. haha*